Sepintas Lalu

TS I
Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad adalah salah satu koperetor yang telah bergiat cergas di pelabuhan Pulau Pinang selama hampir 28 tahun dalam operasi pemunggahan kargo pukal. Koperasi bertaraf Bumiputera sepenuhnya ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan untuk pemilikan saham terbitan awam. Koperasi ini juga memiliki Lesen Agen Perkapalan sejak dari tahun 2006. Pada tahun 2009, pihak Koperasi telah memperolehi Lesen Stevedoring dari Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan pada 5hb. Mei  2014, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memberikan Lesen Cargo Handling untuk bagi tempoh setahun (2014).

Dengan memperolehi kedua dua lesen yang tersebut, pihak Koperasi telah dapat melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai majikan berdaftar dalam bidang stevedoring dan cargo handling. Dengan  tenaga buruh yang berjawatan tetap seramai 15 orang, bantuan peralatan, mesin dan jentera dari ahli komponen Koperasi, CYK Engineering Sdn. Bhd., kerja kerja pengendalian dan pemunggahan kargo pukal “Rock Phosphate” untuk kegunaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau NAFAS Bajakimia (PFK Gurun, Kedah Darul Aman) bagi tujuan pelaksanaan Skim Baja Padi Subsidi Kerajaan Persekutuan berjalan dengan licin.

Koperasi Pelaut telah  mendapat penghormatan dan kepujian dari Pengurus Besar NAFAS, Dato’ Haji Ab. Rahman Ismail.

Pada awal Januari 2015, Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad yang dimiliki oleh 400 orang ahlinya telah dipilih sebagai “Usahawan Pertengahan” oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Program ini melibatkan usahawan pertengahan sebagai peserta dan agensi agensi Kerajaan sebagai pembimbing dipantau oleh Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang. Koperasi Pelaut Pulau Pinang akan dibimbing oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan MITI. Dengan  pendekatan “Business Model Canvass” ini akan dapat meningkatkan mutu perniagaan dan kemampuan Koperasi Pelaut Pulau Pinang bagi memenuhi TS1 Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020.

Pada pertengahan tahun 2014, CYK Engineering Sdn. Bhd. dan Koperasi Pelaut Pulau Pinang Bhd. telah mengadakan kerjasama dalam pengendalian kargo pukal untuk Tetuan Ann Joo Steel. Komoditi pukal yang dikendalikan ialah Mat Coke, Anthracite dan Iron Ore. Kerja kerja pengendalian ini masih dijalankan sehingga kini.

Komoditi  2010 2011 2012 2013 2014
Rock Phosphate 48,146.77 64,346.48 56,284.80 51,164.03 45,682.36
Matt Coke 140,188.83
Anthracite 27,074.84
Iron Ore 45,821.80
258,767.83

 

Perolehan pendapatan kasar Koperasi Pelaut bagi tahun 2014 telah melepasi satu (1) juta Ringgit Malaysia. Pencapaian tersebut menepati anggaran pendapatan seperti yang dibentangkan dan diluluskan pada Mesyuarat Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad pada 6hb. April 2014. Adalah dijangkakan bahawa komoditi yang akan dikendalikan pada tahun 2015 ialah sekitar 250,000 hingga 300,000 metrik/tan.

TS II

Untuk makluman dan perhatian semua Kementerian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi Pelaut Pulau Pinang Bhd., untuk menjalankan kerja kerja pengendalian kargo pukal di pelabuhan pelabuhan di Malaysia memerlukan Lesen Lesen yang tertentu yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Lembaga atau dengan lebih khususnya di Pulau Pinang adalah Lembaga Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Koperasi Pelaut Pulau Pinang Bhd. telah diberikan Lesen Stevedore dan Cargo Handling pada tahun 2014. Pada awal tahun 2015, pihak Koperasi Pelaut Pulau Pinang telah memperkemaskan dan mempertingkatkan urusan pentadbiran dan pengurusan sebagai majikan yang berdaftar dan bertanggungjawab mengikut Akta Buruh, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020.

Langkah Pertama yang telah dibuat adalah mengambil pekerja tetap dan bergaji serta mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(EPF) dan PERKESO. Mematuhi Perkara 3 fasal (f) Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955; Senarai Pekerja Pekerja Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad Yang Diserahkan Pada 10hb. Febuari 2015; Penyata Caruman KWSP dan Borang 8A PERKESO. Pembayaran Cek CIMB 908254 berjumlah RM10,000.00 yang bertarikh 24hb. Disember 2014;

Langkah Kedua adalah keseluruhan kerja kerja stevedoring dan cargo handling dijalankan sepenuhnya dan tidak diserahkan kepada mana mana pihak ketiga sehingga keseluruhan proses dan perkhidmatan di sahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mematuhi Perkara 5, Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955; Senarai Pekerja Pekerja Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad;

TS III - V

Langkah Ketiga adalah melatih pekerja untuk menjalankan kerja kerja pemunggahan dan memberi taklimat dari semasa kesemasa mengenai Undang Undang dan Peraturan Keselamatan mengikut Akta Keselamatan Pekerja dan peralatan dan pemakaian “WAJIB” mengikut ciri “SAFETY & SECURED” Code.  Mematuhi Perkara 6, Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955; Senarai Pekerja Pekerja Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad;

Langkah Keempat adalah mendaftar semua pekerja pekerja dan pegawai Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad yang bertanggungjawab dengan kerja kerja perkapalan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn. Bhd. Mematuhi Perkara 7, Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955;

Langkah Kelima adalah untuk mematuhi “KEY PERFORMANCE INDEX”  Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan jelas dan tepat mengikut keupayaan pihak Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad. Mematuhi Perkara 8, Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955;

Langkah Keenam adalah membuat pembayaran yang ditetapkan bagi mendapatkan lesen dan memperbaharui lesen yang diberikan TIGA (3) bulan sebelum tarikh lesen tamat. Perkara 9 & 10,  Licence Granted Pursuant to Section 59A of PPC Act 1955;

Langkah Ketujuh adalah dengan membuka ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan mana mana pihak yang memahami konsep “Berkoperasi”. Kerjasama ini hendaklah berdasarkan Akta Koperasi, Undang Undang Kecil Koperasi dan yang bersangkutan dengannya. Entiti yang mempunyai kesungguhan untuk menjadi komponen penting bagi merealisasikan misi dan visi pihak Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad berteraskan 5 asas penting yang terkandung dalam Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020.

piramid

Pyramid 2Langkah Kelapan yang diberikan penekanan ialah dari aspek pemahaman dan pengertian serta objektif “KOPERASI” untuk 5 dasawarsa yang akan datang.

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) mendefinisikan koperasi sebagai sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.

Koperasi adalah organisasi yang berteraskan konsep bantu diri (self help) dan beroperasi berlandaskan kepada prinsip tersendiri. Sebagai enterpris sosial, koperasi menggunakan pendekatan ekonomi untuk mencapai objektif meningkatkan taraf hidup anggota dan menangani isu masyarakat setempat. Golongan masyarakat seperti orang miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan belia boleh menggunakan koperasi untuk peningkatan diri dan taraf sosioekonomi mereka.

Langkah Kelapan yang diberikan perhatian dengan mengklasifikan perbedzaaan diantara Koperasi dan Syarikat serta lain lain entiti yang terlibat dalam pertumbahan sosio ekonomi Negara.

PERBEZAAN KOPERASI DENGAN SYARIKAT SWASTA

KOPERASI SYARIKAT
Pentingkan perkhidmatan kepada anggota. Memaksimumkan keuntungan untuk pemegang saham.
Keputusan demokratik – satu anggota satu undi Undi berdasarkan jumlah saham yang dimiliki.
Anggota lembaga dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Ahli Lembaga Pengarah dilantik dan ditentukan oleh pemegang saham terbesar.
Anggota adalah pemilik dan pelanggan (user-owner). Pemilik dan pelanggan adalah berbeza.
Manfaat kepada anggota. Manfaat kepada pemegang saham.
Dividen terhad atas modal, utamakan pemberian rebat atas langganan. Pemilik dan pelanggan adalah berbeza.

Langkah Kesembilan adalah dengan program transformasi Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad yang bermotif VISI dan MISI serta Lonjakan Paradigma yang menekankan penambahbaikan “MODAL NILAI INSAN” yang sedia ada ke satu arah mengikut kehendak DASAR KOPERASI NEGARA 2011 – 2020;

Gambaran Gerak Kerja Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad

Sepintas Lalu Koplaut Untuk Profile

Manifestasi Bertanggungjawab, Implimentasi Kesederhanaan dan Akreditasi Ketelusan oleh pengurusan dan pentadbiran Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad sejak dari awal penubuhannya hingga yang terkini telah menghasilkan “niche value” yang amat unik dengan Kementerian Asas Tani. Perubahan dan pindaan kadar harga perkhidmatan oleh pihak NAFAS dari masa kesemasa selama hampir 3 dekad telah diharungi oleh Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad dengan kejayaan. Kadar caj perkhidmatan pelabuhan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang keatas kerja kerja kendalian kepada Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad tidak ada pengecualian atau pengurangan kadar dengan syarikat swasta yang beroperasi di pelabuhan walaupun komoditi tersebut adalah milik Kerajaan sepenuhnya. Keuntungan yang diperolehi dari hasil kendalian amat minima jika dibandingkan dengan syarikat swasta. Walaupun demikian dengan keuntungan yang minima ini, pihak Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad telah mempertingkatkan usahanya untuk mampu bersaing dengan pihak swasta di pelabuhan Pulau Pinang sehingga sekarang. Pendekatan “Nilai Tambah” keatas Modal Insan adalah asas penting kepada kredibiliti Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad. Adalah menjadi harapan pihak Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berha bahawa pihak Kerajaan dapat memberikan ruang dan peluang serta kelonggaran syarat/peraturan bagi memperkukuhkan kegiatan perekonomian Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad untuk terus bertahan dan bersaing dalam dunia perniagaan di era globalisasi dan liberalisasi pasaran yang semakin mencabar.

Dengan berteraskan Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020, satu kerangka kerja sedang dirancang dan akan dibentang pada sidang Mesyuarat Agung Yang Ke 27 pada bulan April 2015 untuk dibahas dan seterusnya diluluskan untuk dilaksanakan. “Objective Setting Performance Development Plan & Review” ini menjangkau tempoh 5 tahun melalui tiga fasa iaitu jangka pendek bermula Januari 2015 hingga 2016, jangka sederhana sehingga Disember 2018 dan jangka panjang sehingga Disember 2020. Kesemua teras strategik yang ditetapkan dilaksanakan serentak tetapi pencapaiannya adalah mengikut kebolehcapaian dalam jangkamasa tertentu sama ada dalam fasa pertama, kedua atau ketiga.

Dengan pengiktirafan sebagai “Usahawan Pertengahan” yang berpotensi dan berdaya maju oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah memberikan iltizam untuk Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad untuk merealisasikan Misi dan Visinya dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Dengan adanya pemantauan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang, dibimbing oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan MITI serta sokongan dari Kementerian Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah menjadi cita cita dan hasrat Koperasi Pelaut Pulau Pinang berhad akan menjadi di antara 100 Koperasi Terbaik di Malaysia.

Anggota Lembaga dan ahli ahli Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementeriannya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab menuju kearah WAWASAN 2020 yang diilhamkan oleh YANG BERBAHAGIA TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMED, Mantan Perdana Menteri Yang Ke Empat dan di teruskan tradisi warisan perjuangan belum selesai oleh Yang Berbahagia Tun ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI, Mantan Perdana Menteri Yang Ke Lima serta di remajakan kembali melalui KONSEP 1 MALAYSIA & SEHATI SEJIWA oleh YANG BERKHIDMAT atau YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHAMAD NAJIB BIN ALLAHYARHAM TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (semoga ALLAH mencucuri rahmat keatasnya, ditempatkan rohnya dikalangan orang orang yang mendapat keredhoaan ALLAH Swt.).

Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad juga ingin merakamkan setinggi tinggi jutaan terima kasih kepada semua Jabatan Jabatan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membantu sehingga tertubuhnya Koperasi Pelaut Pelaut Pulau Pinang Bhd.(Sekarang in Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad). Dari segelintir masyarakat kecil seramai 400 hingga 500 orang yang dikenali sebagai “BURUH KASAR” atau “KULI”, yang kurang berilmu, yang hanya ber”khudrat”kan kekuatan sepasang tangan dan kaki, telah berjaya menubuhkan Koperasi atau “KOPERASI PELAUT PELAUT PULAU PINANG BERHAD” pada 22hb. Febuari 1986. Dari satu titik harapan dan doa restu dari mereka yang masih bersama atau yang telah kembali kerahmatullah, Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad dengan tekun dan sabar telah mengharungi cabaran dan sehingga kini telah mencapai usia 29 tahun (1986-2015).