Profil

Sejarah

Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad (KPPPB) telah ditubuhkan 22 Februari 1986 bagi menyahut seruan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan khusus dalam bidang perkhidmatan dan pembekalan. Selangkah dengan galakan dari pihak kerajaan agar golongan bumiputera khususnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan, koperasi ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Perniagaan Stevedoring dan pengendalian kargo telah bermula di Pulau Pinang sejak negeri ini menjadi pelabuhan bebas. Namun demikian peranan bumiputera di bidang ini hanya terbatas sebagai kaum pekerja semata-mata.
  • Kerajaan telah mengambil inisiatif membantu syarikat-syarikat bumiputera dengan mengarahkan beberapa agensi kerajaan supaya memberi keutamaan kontrak kepada syarikat-syarikat bumiputera. Maka muncullah beberapa syarikat bumuputera yang agak besar dan ada diantaranya yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan pelabuhan di Pulau Pinang.
  • Lanjutan dari itu, beberapa orang peniaga kecil dan pekerja-pekerja pelabuhan telah menubuhkan sebuah koperasi untuk turut berkecimpung dalam perniagaan ini pada tahun 1985. Langkah ini telah mendapat sokongan yang sangat menggalakkan dari berbagai-bagai pihak terutamanya Petronas,Nafas,SPPM,PPSB dan lain-lain.
  • Koperasi Pelaut Pulau Pinang Berhad (KPPPB) telah menjalankan aktiviti ekonomi memunggah baja pukal NAFAS di Pelabuhan Pulau Pinang dengan mendapat pendapatan bulanan yang sederhana sejak 1986 hingga sekarang.

Tentang KPPPB

  • KPPPB adalah sebuah koperasi bertaraf “Bumiputera” yang dinamik dan progresif di dalam bidang punggah memunggah “Bulk Cargo” dan pembekalan serta perkhidmatan.
  • KPPPB merupakan sebuah koperasi yang komited dalam membina reputasi dan hubungan yang baik dengan para pembekal dan pelanggannya melalui budaya kerja dan prestasi yang tinggi.
  • KPPPB dalam wawasannya untuk menjadi sebuah “Koperasi Bumiputera” yang berdaya maju dan berdaya saing di masa hadapan, sentiasa berpegang teguh kepada prinsip di mana integrasi antara pengurusan dan pelanggan hendaklah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan teknologi dalam mengharungi cabaran globalisasi ke arah mencapai matlamat koperasi khasnya dan wawasan 2020 amnya.